Bimbingan Menulis Resume

21 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Ogos 2019, PI Kg Luak telah membimbing dua orang belia komuniti setempat untuk menulis resume yang berkualiti. Peserta diberikan penerangan tentang fungsi resume dalam proses mencari pekerjaan dan juga ciri-ciri resume yang baik.

Seterusnya, peserta mencuba untuk menulis resume sendiri menggunakan Canva. Setelah selesai pengurus PI Kg Luak memberi komen dan menambahbaik resume tersebut. Diharapkan segala apa yang peserta pelajari dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali